Topik ini sangat menarik kerana jika diimplementasi ia dapat mengubah trend induksi yang dijalankan secara konvensional. Kebiasaannya pekerja baru dalam sesebuah organisasi perlu mengikuti proses induksi ini secara bersemuka dalam satu bilik atau dewan. Penekanan yang diberikan dalam induksi lebih kepada pengenalan kepada organisasi, peraturan dan syarat perkhidmatan, kemudahan yang diberikan sebagai pendedahan pekerja baru kepada organisasi.
Seiring dengan kemajuan perkembangan era teknologi, program induksi telah dijalankan secara atas talian. Sistem induksi ini boleh dijalankan oleh pekerja secara bersendirian dengan memerlukan perkakasan seperti komputer dan talian internet. Biasanya sistem ini dikendalikan oleh sebuah organisasi yang besar.
Semua pekerja baru perlu mengikuti proses induksi ini, dan ada diantara organisasi menetapkan ia sebagai satu syarat untuk pengesahan jawatan. Namun, dengan penggunaan sistem ini para pekerja baru lebih fleksibel dalam mengikuti dan memenuhi semua modul dalam sesuatu tempoh masa yang ditetapkan. Ia dapat menjimatkan masa, mengurangkan kos dan meningkatkan kualiti proses induksi secara atas talian. Menurut Colin Barrow (2003) latihan yang berasaskan kepada internet dapat menurunkan kos, skop yang luas, masa yang fleksibel dan interaktif.
Dalam sistem ini, semua maklumat mengenai organisasi, pengurusan sumber manusia dan syarat perkhidmatan dapat diakses pada bila-bila masa termasuklah maklumat mengenai bidang tugas dan jawatan. Didalam mana-mana sistem biasa terdapat FAQ, bagi memudahkan para pengguna baru dengan merujuk kepada soalan-soalan yang sering diajukan beserta dengan jawapan yang telah disediakan.
Melalui sistem induksi atas talian ini, modul-modul yang tidak memerlukan latihan secara praktikal adalah sesuai untuk dibangunkan. Contoh modul yang hanya memerlukan pekerja membaca dan mengambil tahu seperti struktur organisasi, kemudahan yang disediakan, pembayaran gaji dan elaun berkaitan, waktu kerja, klinik panel dan sebagainya.
Pekerja boleh mengikuti mana modul sistem induksi pada bila-bila masa dan tempat dengan hanya melayari laman web yang berkaitan. Pada dasarnya pekerja akan diberi satu tempoh masa untuk menyelesaikan modul induksi. Sistem yang dijalankan secara atas talian ini akan menggunakan komputer, secara tidak langsung ia dapat meningkatkan kemahiran komputer pekerja tersebut.
Dalam pada mencorak ke arah kemajuan teknologi, mungkin ada segelintir pekerja baru yang tidak mahir dengan komputer dan kesukaran berinteraksi secara terus akan menimbulkan berbagai kesulitan. Perkara ini perlu diberi perhatian bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Kemungkinan pihak organisasi boleh menyediakan khidmat bantuan kepada pekerja terbabit.
Walauapapun pendekatan yang digunakan dalam menjalankan program induksi secara atas talian atau konvensional ini, matlamat hanya satu iaitu maklumat yang disampaikan dapat diterima oleh pekerja-pekerja baru dalam organisasi tersebut.
Rujukan:
1. Barrow C. (2001). E-Training and Development