Recruiting and Staffing

Pemilihan dan pengambilan pekerja adalah diantara proses utama yang dijalankan oleh Jabatan Sumber Manusia dalam sesebuah organisasi. Pemilihan pekerja yang berkualiti adalah sangat dititikberatkan dalam mengurangkan kos pengambilan staf baru dan seterusnya dapat meningkatkan keuntungan organisasi.





Era kemajuan teknologi pada hari ini telah mengubah trend pemilihan dan pengambilan pekerja hanya melalui sebuah komputer dan rangkaian internet. Satu sistem dibangunkan berdasarkan kepada kehendak dan kriteria pemilihan dan pengambilan pekerja dalam memenuhi keperluan sumber manusia yang kompeten. Biasanya sistem pemilihan dan pengambilan pekerja ini dilaksanakan oleh sebuah organisasi yang besar dan multinasional (Anderson, 2003) dan (McManus and Ferguson, 2003).

Pengambilan pekerja adalah merujuk kepada proses menarik, tapisan dan memilih orang yang berkelayakan dengan pekerjaan. Menurut Edwin B Flippo, pengambilan ialah satu proses mencari calon dan merangsang mereka untuk memohon pekerjaan yang ditawarkan oleh organisasi. Pemilihan adalah proses memilih dan melatih pekerja untuk fungsi kerja yang khusus dengan spesifikasi tugas.





Sistem pemilihan dan pengambilan pekerja secara atas talian atau biasa dikenali dengan nama ‘e-recruitment’ dilaksanakan berasaskan kepada satu sistem yang telah direkabentuk khusus bagi menepati kriteria pekerja yang diperlukan. Proses pemilihan dan pengambilan pekerja melalui sistem ini menjadi lebih mudah, menjimatkan kos dan masa, boleh mencapai sasaran yang besar dan dapat mengumpulkan maklumat dengan cepat dan tepat.

Walaubagaimanapun, sistem ini terdapat kelemahan tersendiri seperti tiada talian internet, sarat dengan maklumat, talian menjadi perlahan bila ramai pengguna akses, kos yang mahal, risiko kehilangan maklumat dan sebagainya.

Menurut Hogler, Henle & Bemus (1998) mengatakan bahawa sistem pemilihan dan pengambilan pekerja ini memberi kesan yang besar kepada kumpulan tertentu seperti etnik minoriti.

Pada zaman era globalisasi dan teknologi, sistem ini dapat membantu organisasi dan proses pemilihan dan pengambilan pekerja menjadi lebih pantas dan cekap.


Rujukan:
1. Hogle, R. L., Henle, C. & Bemus (1998). Internet Recruiting and Employment Discrimination : A Legal Perspective
2. M. A. McManus and M. W. Ferguson (2003). Biodata, Personality and Demographic Differences of Recruits from Three Sources
3. http://humanresources.about.com/od/recruitingandstaffing/Employee_Planning_Recruiting_Selecting_Staffing_and_Hiring.htm

No comments: