1. Sistem Pemprosesan Gaji (Payroll)
2. Sistem Induksi (Online Induction)
3. Sistem Pengurusan Prestasi (Performance Management)
4. Sistem Pemilihan & Pengambilan Pekerja (e-Recruitment & Staffing)
Berdasarkan kepada empat sistem yang digunakan tadi, banyak kelebihan yang diperolehi oleh organisasi dalam menguruskan sumber manusia dengan lebih cekap dan dapat menjimatkan kos operasi untuk jangka masa panjang. Laporan yang dijana dari sistem-sistem tersebut lebih dipercayai dan relevan dengan keperluan mengikut peredaran semasa.
Selain itu, ia dapat meningkatkan daya saing organisasi diperingkat global. Sistem yang digunakan dapat membantu organisasi meningkatkan kualiti dan pengurusan sumber manusia yang cekap. Ia juga meningkatkan prestasi dan keberkesanan organisasi.
Disamping itu, terdapat beberapa risiko dan kelemahan dalam penggunaan sistem ini seperti kos pembelian sistem yang mahal, perkakasan komputer, talian internet, kehilangan data, lebihan maklumat, pencerobohan data, masalah pelayan (server) dan pekerja yang tidak tahu guna komputer sebagainya. Walaubagaimanapun ada diantara masalah tersebut dapat diatasi dengan membuat perancangan yang teliti sebelum sesuatu keputusan diambil.
Sesungguhnya sesuatu keputusan yang diambil perlu melihat banyak faktor dan yang pastinya tidak akan mengakibatkan kerugian kepada organisasi. Bagi saya, penggunaan sistem ini adalah lebih baik dan memudahkan semua pihak dalam pengurusan organisasi dan sumber manusia.

No comments:
Post a Comment